Friday, January 24, 2014

TEST RIDE: Benelli 200G


Minggu ini saya berpeluang untuk menguji Benelli 200G milik saudara Zamri.

Motor ini beru aje dibeli dan masih belum habis pantang brake-in enjin lagi. Baru 530km masa saya test motor dia.

Selama ini saya hanya mendengan khabar-khabar angin mengenai motosikal ini dan kebanyakannya khabar yang tak menarik aje. Jadi hari ini saya test sendiri motor yang tergolong dalam kategori motor low budget.

Belum kenal maka tak cinta. Jadi sesi suai kenal dimulakan dengan sesi belek membelek apa yang ada pada motor ini.




Dari jauh cutting motor ni memang menarik dan yang pasti, ia dapat menarik sesiapa sahaja yang melihatnya. Rekabentuknya setanding dengan superbike yang lain (walaupun dia bukan superbike).



Paparan meter dia ringkas tapi semua perkara penting ditunjukkan. Tachometer menggunakan ciri analog, manakala tolok bahanapi dan odometer menggunakan digital.



Setelah kunci suis dipulas (on), paparan meter melalui proses check-up terlebih dahulu, sama seperti meter-meter motosikal superbike. Enjin dihidupkan dengan menggunakan starter motor dan bunyi ekzos lembut kedengaran semasa enjn hidup. Saya terpaksa memulas throttle beberapa kali (setelah 2 kali mati), untuk memanaskan enjin. Saya tidak pasti sama ada motor ini dilengkapi dengan automatic choke untuk memanaskan enjin kepada suhu operasi.



Enjin di-rev beberapa kali untuk mendengan kemerduan bunyi ekzosnya. Bagi saya ok la bunyinya walaupun tak sehebat Ducati Monster. Duduk di atas pelananya, saya rasa agak selesa. Ruang untuk rider mengubah posisi tunggangan pun masih luas. Jarak handle bar pun selesa cuma kedudukan foot-peg ala-ala menaiki sebuah motor cub. Handle barnya agak lebar, tetapi ia bukan satu masalah. Tuil brek dan klatch selesa dijangkau oleh jari saya.



Motor ini dipasang dengan tuil brek yang boleh dilaras, tapi tuil klatch hanya boleh dilaras pada kabelnya sahaja yang terletak pada lokasi yang amat mudah untuk dicapai. Semasa saya test ride, tarikan klatch ini agak panjang, jadi pelarasan memang amat mudah. Settle satu masalah.

Motor ini mempunyai disk brake depan dan belakang. Breknya dirasakan agak lembab untuk menggigit. Mungkin agak baru dan brek pad masih belum mencengkam lagi.





Penukaran gear agak lancar. Gear 5 kelajuannya dipaparkan di papan meter. Sesetengah superbike tak ada ciri ini. Tak ada sentapan dan senyap. Tapi kadangkala ada false gear dimana gear tidak masuk semasa penukaran speed. Mungkin kasut safety yang saya pakai menyukarkan saya untuk menyongkeh gear lever. Penurunan gear ketika berhenti agak tersekat. Mungkin sebab pelarasan clatch yang tidak betul menyukarkan saya menurunkan kedudukan gear ketika berhenti.



Saya tak nak lenjan lagi motor ni sebab enjin belum di brake in betul-betul. Saya cuba bawa secara santai aje. Gear 2,3,4,5 semua lancar. Meter menunjukkan kelajuan 75km/j pada 5500 rpm. Mungkin pada 110km/j motor ni dah menjerit. Walaupun tak laju, angin yang menolak agak banyak sebab motor ni tak ada windshield.

Handle bar yang lebar membuatkan posisi rider agak ganas, seperti nak cari gaduh. Bagaimanapun handling tidak menjadi masalah. Steering dia pun ringan.

MELEPER

Saya membawa motor ini ke susur highway Pasir Gudang/EDL. Tempat biasa saya meleper dengan motor saya. Motor ini mudah dikawal semasa mengambil selekoh dan suspensinya pun tak bermasalah. Tayar Pirelli yang dipasang memang meyakinkan. Sayang sekali pada 75km/j tak boleh nak sagat lutut le.

KEKURANGAN

Motor ini dilengkapi tongkat tengah tapi masalah pada motor yang saya test ini, tongkat dia tak mengangkat roda belakang. Tak cukup tinggi dan kene alas bagi tinggi.

Owner dia nak tukar spoket depan tapi benda tu masih belum ada dipasaran. Spare part susah lagi kut buat masa ini.

KESIMPULAN

Motor ini selesa ditunggang dan mudah dikawal. Nak layan trek dan meleper di jalan biasa pun best. Dengan harga yang murah dan berkuasa 200cc, ia boleh dijadikan langkah awal sebelum memasuki dunia superbike. Walaubagaimanapun, spare partnya masih sukar untuk diperolehi.

No comments:

Post a Comment