Saturday, September 18, 2010

Sikap Pengguna Jalanraya

Ops ke Ooops tak sengaja...
Sepanjang perjalanan aku pulang beraya dari Selatan ke Utara, merentas banjaran ke Barat, perjalananku lancar tanpa perkara yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah. Cuma aku tak berapa berkenan dengan sikap pengguna jalanraya yang masih tak mahu mengubah sikap dan cara pemanduan. Memang agak susah kalau nak "skolahkan" pemandu-pemandu degil ni, sebab golongan ini semakin ramai di jalanraya, dan kita yang golongan minoriti ini tak mampu untuk mengubah sikap mereka ini.
Antara sikap yang paling aku benci semasa berada dijalanraya ialah:
1. Memandu melebihi hadlaju...siap bagi lampu tinggi lagi sebagai tanda suruh memberi laluan. Perbuatan ini memang biadap sebab mencerminkan pemandu tersebut tidak ada sifat penyabar. Kalau ya pun tunggu la orang lain selesai memotong dan masuk semula ke lorong kiri. Ini tak, kalau boleh nak disondolnya.
2. Lebih kurang yang pertama tadi, tapi di laluan yang diketahui ada perangkap hadlaju, mereka ni akan cuba juga memotong walaupun jalanraya tersebut mempunyai satu lorong sahaja. Tak kira kiri atau kanan...hentam aje.
3. Malas nak memberi lampu isyarat kerana dikhuatiri kene bayar bil elektrik lebih (kut).
4. Tak patuhi lampu isyarat, a.k.a...pemandu buta warna.
5. Berebut-rebut....ketika menghampiri TOL. Ini termasuklah menukar lorong macam orang kurang siuman. Kat sini pun masih memandu laju dan hendak memotong kenderaan lain.
Bermacam-macam lagi kesalahan dan keadaan pemanduan yang membahayakan tak dapat disenaraikan lagi..(mungkin lepas ni kut).
Aku harapkan Opsss Sikap ni dapat diteruskan sampai semua pemandu mengubah sikap mereka...atau sebelum sikap mereka diubah setelah tidak dapat memandu lagi akibat cacat atau hilang nyawa akibat dari kemalangan.

Sunday, July 11, 2010

Mencelah: "Filtering"

Apa penunggang motosikal lakukan apabila berdepan dengan kesesakan jalanraya?
a) mengikut beratur besama-sama kenderaan lain
b) mencelah di antara kenderaan di atas garisan tengah (jalan 2 lorong)

Jika anda pilih a) kemungkinan besar anda seorang penunggang Gold Wing. Tapi kebanyakan penunggang motosikal akan memilih b).

Istilah yang digunakan di Barat ialah "Filtering" atau dalam bahasa Melayu, menapis. Kenapa "Filtering"?

Kita ambil contoh menapis air kopi dengan menggunakan penapis; kalau dulu, kopi yang dihasilkan oleh orang kampung, hasil serbuk kopi yang diperolehi agak kasar. Jadi selepas kopi dibancuh, serbuk kopi itu terpaksa ditapis supaya ia mudah untuk diminum.

Serbuk yang besar kebanyakannya akan tersangkut pada penapis, manakala serbuk yang lebih halus akan melepasi penapis dan akan mendap di dasar cawan.

Serbuk yang besar ini mewakili kenderaan besar, manakala serbuk yang halus mewakili motosikal tadi.

Semasa kesesakan lalulintas, lebih buruk lagi kenderaan besar hampir tidak bergerak, penunggang motosikal lebih cenderung untuk mencelah di antara kenderaan. (That why I choose motorcycle).

Perbuatan ini dilihat agak berbahaya jika langkah-langkah keselamatan tidak diambil sebagai langkah berjaga-jaga.

Beberapa tips-tips keselamatan perlu diamalkan ketika mencelah-celah di antara kenderaan lain:
1) Jika berdepan dengan kesesakan lalulintas (bergerak perlahan), perlahankan juga kelajuan motosikal anda.
2) Berikan tumpuan lebih kepada kenderaan dihadapan, kemungkinan mereka akan menukar haluan secara tiba-tiba dengan memberi isyarat atau tidak. (Isyarat lewat).
3) Bunyikan hon amaran jika mendapati ruang untuk anda mencelah semakin mengecil disebabkan oleh kederaan dihadapan ingin menukar haluan atau sedang menggunakan telefon bimbit..(hilang tumpuan memandu).
4) Jangan memotong/mencelah kenderaan berat (lori) di sebelah kiri (jika ia berada di lorong memotong), kerana pemandu tidak dapat melihat kedudukan anda.
5) Jangan mencelah di antara kenderaan berat (lori) ketika mereka bergerak seiringan.
6) Jangan mencelah di sebelah lori jika didapati ada penungang lain dihadapan sedang berbuat demikian. Kemungkinan penunggang tersebut akan memperlahankan motosikalnya dan terpaksa memberi laluan kepada sang lori. Jika ini berlaku ruang untuk bergerak seiringan di tepi lori tidak ada kerana ia sekadar cukup untuk memuatkan sebuah motosikal sahaja. Peluang untuk digilis oleh tayar belakang amat tinggi bagi penunggang motosikal di belakang.
7) Jika kenderaan lain tidak bergerak, perlahankan lagi kelajuan motosikal. Beri tumpuan lebih kepada kemungkinan ada motosikal lain akan keluar di celah-celah kenderaan untuk memasuki lorong tengah.
8) Bunyikan hon jika perlu untuk memberi amaran kepada kenderaan lain.
9) Jari hendaklah bersedia pada tuil pencengkam dan brek hadapan. (brek belakang stand-by dengan kaki la).
10) Jika ada ruang di lorong perlahan, gunakannya, jangan sentiasa berada di tengah, kemungkinan ada motosikal yang lebih laju ingin memotong anda.
11) Jika ingin keluar dari celah kenderaan, beri laluan kepada motosikal lain melepasi anda, dan jika keluar, hendaklah dengan kadar segera supaya tidak mengganggu kelancaran pergerakan motosikal lain.

Kemalangan memang tidak berbau, dan segalanya adalah sudah suratan takdir. Tetapi kata-kata itu perlulah disertakan dengan usaha bersungguh-sungguh untuk mengelak kemalangan dan bukannya menyerah kepada takdir semata-mata. Tidak mahu kemalangan itu disebab oleh kecuaian diri sendiri, menyebabkan malapetaka pada orang lain.

Saturday, June 26, 2010

Potong Que Memburukkan Kesesakan






Bila Kepala Dah Keras....

Lebuhraya Pasir Gudang 28 Ogos 2009, 5:02 ptg
Lebuhraya Pasir Gudang 28 Ogos 2019, 5:03 ptg
Sudahlah menunggang tanpa memakai topi keledar, menunggang pula di lorong laju (memotong) dan mencelah-celah di antara kenderaan dengan laju.




Selagi Boleh Muat....


Gambar ini diambil ketika sedang menuju ke Skudai, Johor pada 8 Mei 2010 jan 12:34 ptg. Lokasi ialah di lebuh raya Pasir Gudang menuju ke Perling. Kelihatan sebuah Proton Saga Aeroback sedang membawa muatan kotak yang berlebihan sehingga menghalang penglihatan pemandu untuk melihat belakang kenderaannya. Dah lah bawa muatan berlebihan, memandu pulak sebelah lorong memotong.

Memperolehi Lesen Kelas B

Di Malaysia, pemegang lesen motosikal terbahagi kepada beberapa kelas tertentu iaitu:
  1. Kelas A, kenderaan orang cacat
  2. Kelas B, untuk motosikal melebihi 500cc
  3. Kelas B1, untuk motosikal tidak melebihi 500cc
  4. Kelas B2, untuk motosikal melebihi 500cc
  5. Kelas C, untuk motosikal roda 3

Bagi melayakkan seseorang penunggang itu menunggang dijalanraya secara sah di sisi undang-undang jalanraya, penunggang tersebut perlulah memegang kelas yang telah ditetapkan. Sebagai contoh jika seseorang itu memegang lesen motosikal kelas B2, maka dia hanya boleh menunggang motosikal tidak melebihi 250cc. Jika pemegang lesen tersebut (B2), menunggang motosikal melebihi had yang ditetapkan, dia akan didakwa sama seperti kesalahan tidak memiliki lesen memandu.

Bila disabit dengan menunggang tanpa lesen yang sah, kesalahan kedua pula ialah tidak mendapat perlindungan insuran. Selain daripada itu juga, pemilik kenderaan juga diseret bersama kerana didakwa membenarkan penunggang tanpa lesen memandu yang sah menunggang motosikal miliknya.

Bagi mendapatkan lesen memandu yang sah, kita perlulah mengikuti program yang ditawarkan oleh akedemi memandu yang mengikut piawai JPJ.

Secara ringkas, apa yang perlu dilalui oleh seseorang calon pemandu/penunggang semasa dalam proses mendapatkan lesen memandu/menunggang ialah:

  1. Mengikuti kursus
  2. Ujian undang-undang
  3. Taklimat
  4. Amali
  5. Memperolehi lesen belajar memandu (L)
  6. Belajar menunggang
  7. Ujian penilaian (QTI) sebelum ujian JPJ sebenar
  8. Menjalankan ujian JPJ setelah genap 1 bulan memegang lesen L

(Akedemi Memandu Mega, Pasir Gudang, Mei 2010)

Perkara di atas adalah kepada calon baru hendak memiliki lesen memandu. Bagi yang hendak menaik taraf lesen B2 kepada B, perkara 1 dan 2 dikecualikan, cuma apa yang perlu ialah menghidupkan kembali lesen L, melalui akedemi memandu atau pergi terus ke JPJ. (Panduan Pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu 2006: m/s98)

Sumber:

  1. Akedemi Memandu Mega, Pasir Gudang (Mei, 2010)
  2. Panduan Pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu, Edisi ke-2 2006, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia