Dikalangan penunggang motosikal biasa menggunakan istilah lowside atau highside bagi menggambarkan kemalangan yang berlaku kepada penunggang ketika mengambil selekoh.
LOWSIDE:
- Kemalangan yang berlaku apabila penunggang motosikal terjatuh dan mengelunsur bersama motosikal.
- Berlaku kerana tayar motosikal kehilangan cengkaman sama ada pada tayar hadapan, tayar belakang atau kedua-dua sekali.
- Kerosakan minima jika pada hadlaju rendah.

HIGHSIDE:
- Kemalangan yang berlaku apabila penunggang motosikal terhumban dari motosikal.
- Berlaku kerana tayar belakang motosikal kehilangan cengkaman seketika dan mendapat semula cengkaman secara tiba-tiba.
- Penunggang akan tercampak atau melambung akibat kesan dari tayar belakang yang mendapat cengkaman secara tiba-tiba selepas mengelungsur seketika.
- Kerosakan motosikal dan kecederaan penunggang adalah bergantung pada nasib.
No comments:
Post a Comment