Showing posts with label Sikap Pengguna Jalanraya. Show all posts
Showing posts with label Sikap Pengguna Jalanraya. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

Lagi Sikap Sambil Lewa Pemandu


Gambar ini aku tak ingat di mana dan bila aku rakam. Tapi apa yang aku nak bagi tau di sini ialah keadaan lori kecik ini di lebuhraya PLUS ini amat merbahaya kepada pengguna jalanraya yang lain. Kita boleh lihat bahagian tempat barang yang tidak bertutup dan paling mengundang bahaya ialah terdapat seketul batu bata yang boleh mengelongsor jatuh yang boleh menghempap kenderaan lain atau jika tidak pun, batu tersebut boleh mengundang bahaya kepada penunggang motosikal jika batu tersebut berada di atas jalanraya.




Bagaimana sekali pun, keadaan ini menggambarkan pemandu lori berkenaan tidak peka terhadap keselamatan pengguna jalanraya lain.

Saturday, September 18, 2010

Sikap Pengguna Jalanraya

Ops ke Ooops tak sengaja...
Sepanjang perjalanan aku pulang beraya dari Selatan ke Utara, merentas banjaran ke Barat, perjalananku lancar tanpa perkara yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah. Cuma aku tak berapa berkenan dengan sikap pengguna jalanraya yang masih tak mahu mengubah sikap dan cara pemanduan. Memang agak susah kalau nak "skolahkan" pemandu-pemandu degil ni, sebab golongan ini semakin ramai di jalanraya, dan kita yang golongan minoriti ini tak mampu untuk mengubah sikap mereka ini.
Antara sikap yang paling aku benci semasa berada dijalanraya ialah:
1. Memandu melebihi hadlaju...siap bagi lampu tinggi lagi sebagai tanda suruh memberi laluan. Perbuatan ini memang biadap sebab mencerminkan pemandu tersebut tidak ada sifat penyabar. Kalau ya pun tunggu la orang lain selesai memotong dan masuk semula ke lorong kiri. Ini tak, kalau boleh nak disondolnya.
2. Lebih kurang yang pertama tadi, tapi di laluan yang diketahui ada perangkap hadlaju, mereka ni akan cuba juga memotong walaupun jalanraya tersebut mempunyai satu lorong sahaja. Tak kira kiri atau kanan...hentam aje.
3. Malas nak memberi lampu isyarat kerana dikhuatiri kene bayar bil elektrik lebih (kut).
4. Tak patuhi lampu isyarat, a.k.a...pemandu buta warna.
5. Berebut-rebut....ketika menghampiri TOL. Ini termasuklah menukar lorong macam orang kurang siuman. Kat sini pun masih memandu laju dan hendak memotong kenderaan lain.
Bermacam-macam lagi kesalahan dan keadaan pemanduan yang membahayakan tak dapat disenaraikan lagi..(mungkin lepas ni kut).
Aku harapkan Opsss Sikap ni dapat diteruskan sampai semua pemandu mengubah sikap mereka...atau sebelum sikap mereka diubah setelah tidak dapat memandu lagi akibat cacat atau hilang nyawa akibat dari kemalangan.

Saturday, June 26, 2010

Potong Que Memburukkan Kesesakan






Bila Kepala Dah Keras....

Lebuhraya Pasir Gudang 28 Ogos 2009, 5:02 ptg
Lebuhraya Pasir Gudang 28 Ogos 2019, 5:03 ptg
Sudahlah menunggang tanpa memakai topi keledar, menunggang pula di lorong laju (memotong) dan mencelah-celah di antara kenderaan dengan laju.




Selagi Boleh Muat....


Gambar ini diambil ketika sedang menuju ke Skudai, Johor pada 8 Mei 2010 jan 12:34 ptg. Lokasi ialah di lebuh raya Pasir Gudang menuju ke Perling. Kelihatan sebuah Proton Saga Aeroback sedang membawa muatan kotak yang berlebihan sehingga menghalang penglihatan pemandu untuk melihat belakang kenderaannya. Dah lah bawa muatan berlebihan, memandu pulak sebelah lorong memotong.